Menyusuri Akar Keturunan Kita
SalasilahKita.com ialah platform salasilah keluarga dalam talian yang dibina khas bagi menyimpan, merekod dan menghargai warisan keluarga. Direka dengan kemudahan pengguna sebagai keutamaan, SalasilahKita membolehkan admin mencipta akaun untuk ahli keluarga dan saudara-mara, di mana mereka boleh login bagi memuat naik gambar, menulis biodata, serta menghubungkan hubungan kekeluargaan secara automatik melalui sistem pokok keluarga interaktif.
Pohon rendang di tepi perigi,
Buah berputik cantik berseri.
Ayoh Kenali asal usul diri,
Silaturrahim akan kekal abadi.
Dengan fungsi carian dan penapisan pintar — termasuk nama, lokasi, status perkahwinan, dan profesion — setiap ahli mudah dicari dan dikenali. Setiap individu mempunyai halaman profil sendiri yang memaparkan biodata, ibu bapa, adik-beradik, pasangan, serta anak-anak, bagi memudahkan kita menyelusuri dan memahami salasilah keturunan kita.
Rajjak 12 Julai 2025